Wednesday, November 2, 2011

Manusia Ibarat Labah-labah, Semut dan Lebah...



"Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan...." (029:041)

Manusia ibarat labah-labah, jika menganggap suatu makhluk sebagai pelindungnya, sedangkan Allah lah yang mengawal keselamatan baginya...

Hanyasanya orang yang tiada jahil, maka tiada akan berfikiran sedemikian...

----------------------------------------------

"Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing."

"(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari"."

"Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"."
(027:017-019)

Manusia ibarat semut, jika menyedari mereka sangat kerdil dihadapan Allah Yang Maha Besar dan Maha Agung...

Sedang Allah itu Maha Pemurah dan Maha Kaya, bersyukurlah dan beramallah dengan soleh wahai manusia supaya tergolong dalam orang-orang yang soleh...

------------------------------------------

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia."

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." (016:068-069)

Manusia ibarat lebah, jika hidup dibumi ini berpandukan perintah dari Allah...

Sedang Allah itu Maha Pemurah, Dia mengurniakan berbagai nikmat kepada manusia... Tidak patut manusia itu kufur akan perintahNya... Hanya bagi orang yang berilmu...

SAY YES TO HUDUD..... ^_^

Wednesday, September 28, 2011

Hukum Lelaki Memakai Gelang..


Fenomena pemakaian gelang, subang dan rantai leher bagi kaum lelaki di kalangan
masyarakat kita sememangnya tidak dinafikan sehingga bermacam-macam jenis gelang, subang & rantai yang dipakai, sama ada ia daripada emas, perak, besi, tembaga, kayu, getah atau benang.
Kalau gelang itu terdiri daripada besi atau terdiri daripada jenis logam tertentu ia
biasanya dikaitkan dengan tujuan perubatan. Walau bagaimanapun ia mempunyai hukum tersendiri.

Pemakai-pemakai gelang, subang & rantai tersebut tidak mengira sama ada ia
daripada golongan remaja, orang muda mahupun orang tua.
Perkara pemakaian gelang, subang & rantai bagi kaum lelaki ini pada dasarnya tidak selari dengan apa yang telah ditetapkan dalam hukum syara‘.

Seringkali kita melihat zaman sekarang tak kiralah tua muda yang kecik besar kadang-kadang baby lelaki pun dah pakai gelang dan rantai silver,
Biasalah kan terikut peredaran zaman kononnya pakai gelang ni nampak kiut & macho tapi apakah hukumnya;-

Hukum lelaki memakai gelang

Kaum lelaki haram memakai gelang sekalipun bukan diperbuat daripada emas, sama ada ianya diperbuat daripada perak, besi, tembaga, kayu atau sebagainya.

Ini kerana gelang itu adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan, seperti juga rantai atau subang.
Oleh yang demikian lelaki yang memakai gelang itu adalah perbuatan menyerupai perempuan.

Hukum lelaki menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar.

Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam(saw) melaknat lelaki menyerupai
perempuan dan perempuan menyerupai lelaki sebagaimana hadits daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, katanya:
Maksudnya:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadits di atas jelas menunjukkan bahawa Rasullullah Shallallahu àlaihi wasallam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.

Laknat bermaksud jauh dari rahmat, taufiq dan hidayat Allah Subhanahu wa Ta‘ala(swt).
Berdasarkan hadits tersebut, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah(ra) berkata:
“Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka (orang perempuan antaranya ialah) dengan memakai perhiasan yang khusus bagi mereka lagi yang lazim menjadi hak mereka seperti memakai gelang tangan, gelang kaki dan seumpama keduanya".

Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimahullah pula berkata:
“Dan daripada apa yang haram ialah gelang tangan dan gelang kaki untuk dipakai oleh orang lelaki dan orang khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina)".
Maka jelaslah bahawa kaum lelaki haram memakai gelang kerana ia adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan.

Akan tetapi, bagaimana pula dalam situasi tertentu seperti memakai gelang ketika majlis perkahwinan atau memakainya kerana tujuan perubatan?;

Lelaki memakai gelang ketika Majlis Persandingan Memakai gelang hukumnya adalah haram walaupun dipakai untuk majlis persandingan atau perkahwinan. Haram bagi pengantin lelaki memakai aksesori baju pengantin seperti gelang dan rantai walaupun ia bukan daripada emas.

Perbuatan sedemikian bukan sahaja menyerupai perempuan bahkan ia tidak layak dengan keperkasaan seorang lelaki sepertimana yang dikatakan oleh Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimahullahu Ta‘ala:
“Dan bagi kaum lelaki (dibolehkan) memakai cincin perak kerana mengikut sunnah dan ijma‘ (keharusannya), bahkan disunatkan bagi kaum lelaki (memakai cincin perak), bukan memakai gelang dan yang seumpamannya seperti dumluj (gelang
yang dipakai di antara siku dengan bahu) dan kalung (rantai).

Tidak halal bagi kaum lelaki (memakainya) sekalipun daripada perak, kerana padanya ciri kewanitaan yang tidak layak dengan keperkasaan (kelakian) orang-orang lelaki.”

Oleh itu jelaslah memakai gelang ketika majlis persandingan juga tidak dibolehkan dan hukumnya haram.

Lelaki memakai gelang kerana tujuan perubatan;
Adapun memakai gelang dengan tujuan semata-mata berubat dan ia memang betul-betul ubat, maka tiadalah mengapa kerana ada keperluan dan hajat.

Dalam perkara ini, ia boleh dilihat sebagai satu keuzuran sebagaimana persoalan orang lelaki dibolehkan memakai inai kerana keuzuran.

Sehubungan dengan ini Imam ar-Ramli Rahimahullah berkata:
“Maka haram berinai ke atas keduanya (orang lelaki dan khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina) kecuali kerana ada keuzuran.”

Imam Asy-Syibramalissi Rahimahullah pula menjelaskan, skop pengecualian yang dikatakan oleh imam Ramli Rahimahullah di atas ialah apabila tidak ada selain inai yang dapat menggantikannya untuk dijadikan ubat.

Jelaslah hukum asal memakai gelang adalah tetap haram ke atas lelaki kecuali ada keuzuran seperti tidak ada ubat lain yang boleh menggantikan gelang tersebut sebagai ubat untuk mengubati penyakit.

Dalam makna tanpa ada keuzuran, ia tetap haram dan dilarang memakainya bagi lelaki dan khuntsa.

Apa yang penting ialah hendaklah memakai gelang itu dengan niat tujuan perubatan semata-mata dan ia memang betul-betul ubat, bukan dengan niat untuk bermegah-megah atau bergaya, maka yang demikian itu adalah haram.
Apatah lagi dengan niat untuk bergaya semata-mata.

Kesan kaum lelaki memakai gelang, subang & rantai..

Sebagaimana yang dijelaskan, lelaki yang memakai gelang, subang & rantai adalah perbuatan menyerupai perempuan dan perbuatan menyerupai perempuan itu adalah perbuatan dosa besar.
Orang yang seperti ini boleh dicap{takrif} sebagai fasiq. Orang yang fasiq itu adalah orang yang melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil.
Oleh yang demikian, lelaki yang memakai gelang akan memberi kesan terhadap kelayakannya untuk menjadi seorang saksi dan wali nikah. Kesaksiannya tidak akan diterima, begitu juga tidak sah dia menjadi wali nikah selagi tidak bertaubat dan menyesali perbuatannya.
Sebab, salah satu daripada syarat saksi dan wali nikah itu hendaklah mempunyai sifat al-‘adalah iaitu tidak fasiq.

Oleh yang demikian, elakkan memakai gelang, subang & rantai sekalipun bagi
tujuan berubat, kerana dalam tujuan berubat itu ditakuti tidak dapat memenuhi tuntutan maksud keuzuran yang dikehendaki itu.

wallahua'lam

By: Ustaz Azhar Idrus ( Original )
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/posts/221943157823739?notif_t=like

**********
GELANG & RANTAI
~..bolehkah kita berubat dgn batu gunung berapi, spt ada sesetgh pihak mendakwa tentang keberkesanannya..
[Ustaz Azhar Idrus ( Original )]~ boleh berubat dgn batu gunung berapi jika disahkan olih pakar perubatan boleh berubat
dgnnya, dgn syarat tdk dijadikan perhiasan spt gelang dan rantai..
kenapa ubat mesti berbentuk gelang dan rantai?!.. Jgn sampai tertipu dgn
racun musuh Islam yg nak menghancurkan umat Islam supaya melakukan
perkara2 yg diharamkan keatas kita..

~Sumber; http://www.facebook.com/photo.php?fbid=150662374999226&set=a.152684371463693.34430.100001663945698&type=1

***********
CINCIN
~"Bagi peminat cincin, pakailah cincin pd
jari manis dan jari kelingking sahaja kerana dilarang memakai cincin pd
jari tengah dan jari telunjuk.."~ UAI.

[Ustaz Azhar Idrus]~ Ali bin Abi Talib ra berkata :
"Rasullullah saw melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah."
-Hadith Riwayat Muslim
[Ustaz Azhar Idrus]~ Ada dua pendapat ulamak tentang larangan dlm hadith tu.. pertama; haram, kedua; makruh

........:

[Ustaz Azhar Idrus]~ Nabi s.a.w tak larang dlm hadith pakai cincin jari ibu, sebab orang tak buat.. kalau pakai juga situ dah kira diluar tabie.. sama mcm Nabi s.a.w
hanya larang makan dengan tangan kiri.. tapi tak larang makan dengan
kaki.

.........;

pakai tujuan menunjuk2/bermegah2...
[Ustaz Azhar Idrus]~ sombong dgn cincin mmg haram..

.........:
[Ustaz Azhar Idrus]~ kalau munasabah berkhasiat seperti cincin jenis kayu yg dijadikan ubat tak salah kata berkhasiat.. kalau yg tak munasabah berkhasiat seperti cincin dikatakan boleh menjaga keselamatan kita atau boleh mengelakkan nahas, maka syirik hukumnya.

Cincin suasa..
[Ustaz Azhar Idrus]~ sunnah kpd siapa saja samada sudah kawin atau masih bujang untuk pakai cincin..
cincin suasa menurut fatwa mufti2 Syafie adalah haram pakai.

Tuesday, August 9, 2011

10 TANDA HATI YANG MATI …..


Syeikh Ibrahim Adham menyatakan 10 tanda hati mati iaitu :
1. Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tetapi tidak menunaikan hak- haknya.
2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan Sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum- hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat- nikmat Allah s.w.t tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya.
5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya
6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjahinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetApi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Mengantarkan dan menguburkan jenazah/ mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Monday, August 8, 2011

LAPISAN ATMOSFERA DAN QURAN




Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur'an bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan;

Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah al-Baqarah; 29)

Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Surah Fusilat; 12)

Perkatan 'langit-langit', yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur'an merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.

Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur'an secara tepat.

Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek ini digambarkan seperti berikut;

Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ionyang dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.

Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang disebutkan dalam Al-Qur'an.

Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini 'Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya' di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu. Kebenaran ini telah dilihat di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.

Salah satu dari pelbagai fungsi ini, sebagai contoh, telah dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;

Atmosfera bumi mempunyai 7 lapisan. Lapisan yang paling rendah dipanggil troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di troposfera.

Ini adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah nyata disebut dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu.

Saturday, August 6, 2011

★★★ Kesilapan Wanita Tentang Aurat ★★★






★ Aurat itu adalah memakai tudung sahaja .


★ Bertudung, tetapi berkemeja-T lengan pendek .


★ Bertudung, tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya .


★ Bertudung, tetapi bajunya sendat, sempit, dan nipis lalu memaparkan bentuk ''kawasan2 yg mudah menggoda'' .


★ Bertudung, tetapi hanya memakainya dipejabat sahaja . Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya .


★ Bertudung, tetapi tudungnya dilemparkan kebelakang leher, maka terdedahlah bahagian dada daripada bertutup .


★ Bertudung, tetapi tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ini tidak tepat sama sekali.

Asasnya adalah dari Firman Allah swt bermaksud ~
'' Hendaklah mereka itu melabuhkan tudung sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir ''
(An-Nur:31)


★ Bertudung tetapi menaiki motosikal sambil menayangkan betis sepanjang jalan .


★ Bertudung dan sempurna penutupan auratnya, tetapi memanja2kan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki yg bukan mahram. Sama ada bernyanyi mahupun bernasyid. Tiada kaedah yg sesuai bagi wanita kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki itu memandang. Suaranya yg merdu juga membuatkan lelaki yg rosak hati akan dibuai nafsu, walauponnnnnn penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan .

Larangan ini datang dari Firman Allah yg bermaksud ~
ERTINYA:"Maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang dihatinya ada penyangkit,dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik,sesuai dan sopan."
(AL-AHZAB:32)

Thursday, July 21, 2011

♦♦♦ Petua Imam Syafie ♦♦♦



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم...



Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

----------------------------------------​--------------

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

----------------------------------------​--------------

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

----------------------------------------​--------------

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

----------------------------------------​--------------

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

~•~

Tuesday, July 12, 2011

Hebatnya Allah jadikan Al-Quran


Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan:

DUNIA – 115 kali
AKHIRAT – 115 kali

MALAIKAT – 88 kali
SYAITAN – 88 kali

HIDUP – 145 kali
MATI – 145 kali

FAEDAH – 50 kali
KERUGIAN – 50 kali

UMMAH – 50 kali
PENYAMPAI – 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali

BALA/MUSIBAH – 75 kali
BERSYUKUR – 75 kali

BERSEDEKAH – 73 kali
BERPUAS HATI – 73 kali

ORANG YANG SESAT – 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali

MUSLIMIN – 41 kali
JIHAD – 41 kali

EMAS – 8 kali
KEMURAHAN HIDUP – 8 kali

KEAJAIBAN – 60 kali
FITNAH – 60 kali

ZAKAT – 32 kali
BERKAT – 32 kali

MINDA – 49 kali
NUR – 49 kali

LIDAH – 25 kali
SUMPAH – 25 kali

NAFSU – 8 kali
KETAKUTAN – 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
BERDAKWAH – 18 kali

KESUSAHAN – 114 kali
KESABARAN – 114 kali

MUHAMMAD – 4 kali
SYARIAT – 4 kali

LELAKI – 24 kali
PEREMPUAN – 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali

BULAN – 12 kali
HARI – 365 kali

LAUTAN – 32 kali
DARATAN – 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!