Tuesday, June 28, 2011

Ustaz Azhar Idrus - Awek Viva(Surau Ladang,10.6.2011)


Kitab Fatwa Mufti Johor



Soalan 1 : Hukum orang perempuan mengerintingkan rambut

Jawapan 1 : Jika tujuan mengkerintingkan rambut itu untuk didedahkan dihadapan orang ramai, maka adalah haram...

Jika tujuan untuk diperlihatkan kepada suami, maka tidak mengapa...



Ulasan ustaz:

- Khilaf dikalangan ulama; pendapat pertama mengatakan haram, pendapat kedua membenarkan dengan syarat untuk diperlihatkan kepada suami sahaja, pendapat ketiga mengatakan boleh sekalipun tiada suami, dengan syarat tidak mendedahkannya dikhalayak ramai...

- Ini khilaf, rahmat kepada semua...

- Sama seperti alat-alat penyolek yang lain yang tidak meninggalkan kesan yang kekal, maka harus digunakan...

- teknik rebonding juga harus, kerana kesannya tidak kekal...

- adapun melakukan pembedahan kulit, hidung, dagu atau seumpamanya; dan menyuntik cecair pada pipi untuk kelihatan kemerahan, maka haram hukumnya, kerana kesan padanya kekal...

- Perihal Cukur bulu kening ada hadis: "Laknat Allah keatas yang tukang cukur bulu kening dan yang dicukur bulu keningnya", maksud hadis, iaitu yang cukur halus atau cukur licin(kemudian dilorek dengan alat solek)... adapun yang mengandam, diHARUSkan pada syarak, supaya nampak kemas,(kening tidak terlalu tebal atau serabut pada penglihatan ramai)

- Boleh celup rambut beruban kepada warna yang disukai kecuali warna hitam...

- Rambut palsu, dilihat dari tiga perkara; pertama, yang nak memakainya itu mesti berkepala botak dan bersuami...; kedua haram jika rambut betul(asal dari rambut manusia dan dari binatang yang najis), adapun selain dari yang haram itu, maka dibenarkan syarak...; ketiga, haram dipakai atas jalan kekal(tanam didalam kulit kepala), adapun meletakkan diatas kepala sahaja, maka dibenarkan(seperti pakai helmet)...





Soalan 2 : Tafsir ayat:- surah Yasin, ayat 38... "Dan matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;"

Jawapan 2 : Matahari berjalan(bergerak) sehingga sampai kepada suatu masa, atau tempat berhenti, di situ tidak berjalan lagi. Demikian akan berlaku apabila Allah ubah akan Alam ini kerana Hari Kiamat. Perjalan matahari, takdir dan aturan yang kemas dari Allah Taala, "Al-'Aziz" yang tiada pendustaan kepada kegagahan dan kebesaran, "Al-'Alim" yang tiada terhingga keluasan ilmu Allah Subhanahu Wa Taala...



Ulasan ustaz:

- Cara bacaan Wasy-Syamsu = Dan matahari; Wasy-Syamsi = Demi matahari(Hanya Allah yang boleh berkata "demi" makhluk)...

- Sentiasa baca terjemahan dari ayat-ayat Al-Quran, kerana ada pahala yang lain disamping membaca Quran sahaja...

- Dan amal apa yang diperintah dalam quran...

- Perjalanan matahari dan bulan dalam Ilmu Allah...





Soalan 3 : Bolehkah kita ajarkan ilmu kepada seseorang yang mana ilmu itu kita faham sendiri tanpa berguru?

Jawapan 3 : Setiap ilmu wajib dipelajari sperti Ilmu-ilmu Syarak, dan ilmu-ilmu yang harus seperti ilmu keduniaan... Adapun ilmu hitam, haram dipelajari...



Ulasan ustaz:

- Yang wajib dipelajari ialah ilmu yang padanya wajib kita amalkan, seperti ilmu perihal Solat...

- Yang sunat dipelajari ialan ilmu yang padanya belum sampai wajib diamalkan oleh kita, seperti ilmu perihal Nikah... Bila berkehendak pada nikah, baru wajib belajar...

- Orang yang hendak menjawat jawatan Imam, wajib baginya belajar perihal imam, tidak wajib belajar jadi amil zakat... dan begitulah sebaliknya...

- Fardhu 'ain pada belajar bab solat, melainkan pada masalah-masalah yang rumit, pelik dan sukar penyelesaiannya, melainkan hanya boleh dijawab oleh orang yang 'alim sahaja, maka ianya fardhu kifayah...

- Wajib belajar Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawwuf sekadar maqam orang awam...

- Ilmu Sihir HARAM dipelajari pada jumhur ulama, namun boleh belajar untuk kenal jenis-jenis sihir tapi bukan hendak diamalkan, walaubagaimanapun, untuk bercermat, ikut pandangan jumhur ulama, jangan belajar...

- Sihir ini WAJIB kita percaya yang mana ianya memang berlaku HANYA dengan IZIN Allah dan HARAM kita percaya yang mana ianya mempunyai kekuatan tersendiri...

- Seperti WAJIB kita percaya yang Iblis itu wujud, dan jangan kita percaya kepada suruhan Iblis...

- Kita mesti kata begini sebagai menguatkan akidah kita, "TIDAK AKAN BERLAKU SESUATU KEPADA KITA MELAINKAN APA YANG TELAH DITULISKAN OLEH ALLAH SWT"...

- Antara yang boleh mengalahkan sihir adalah kekuatan diri kita dari segi rohani...

- Juga HARAM mengamalkan perubatan yang diharamkan...

- Jangan belajar Ilmu Syarak yang bercampur dengan yang haram. Cara nak kesan, setiap ilmu yang kita belajar itu akan membawa kita kepada dekat kepada Allah SWT...

- Jangan belajar ilmu sains yang bertentangan dengan syarak kerana mungkin akan membawa kufur kepada Allah SWT...

- Nabi Muhammad adalah manusia yang paling banyak Ilmu...





-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kitab Bahrul Maazi

-->>Perihal WAJIB berpuasa di bulan Ramadhan

- Ada dua hadis yang menerangkan wajib berpuasa kepada sekalian umat manusia disamping perintah Allah dalam Al-Quran...



-->>Perihal Zakat

- Wajib dikeluarkan zakat bila cukup Haul(tempoh masa setahun) dan Nisab(kadar jumlah yang dikenakan pada harta akan zakat)...

- Ada hadis riwayat Anas dan hadis-hadis lain disamping perintah Allah dalam Al-Quran...



Ulasan Ustaz:

- Ingkar perkara yang Ijma' pada pandangan Ulama, maka BATAL Islam...

- Siapa yang berkata Solat, Puasa dan Zakat tidak wajib, telah jadi kafir...

- Ada satu hadis yang mengatakan, "Fakir lebih hampir kepada Kufur", Fakir ini bermaksud "Miskin Ilmu Agama"...

- Dalam hadis yang lain, "Umatku pada akhir zaman, lebih cepat menjadi kafir lebih cepat dari anak panah meninggalkan busurnya", kerana antaranya perkataan yang dilafazkan, seperti bergurau dalam hukum-hukum agama, mempermainkan malaikat...





-------------------------------------------------------------------------------

Soal Jawab



Soalan 1: Betulkah Imam Syafie meninggal dunia akibat dibaling manga(kunci) oleh Imam Hanbali atas dahi beliau?

Jawapan 1: Tidak benar... Imam Hanbali adalah ana muridnya dan memang sayang kepada Imam Syafie...



Soalan 2: Apakah hukum perempuan memakai inai pada rambut dan kuku?

Jawapan 2: Boleh, dengan syarat ianya tidak menghalang air kepada rambut dan dan kuku itu kerana penting untuk bab taharah... Adapun memakai yang menghalang air, maka wajib tanggalkan bila hendak angkat hadas kecil atau besar...



Soalan 3: Terangkan 8 jenis cecair yang keluar pada kemaluan seseorang perempuan itu...

Jawapan 3: Haid - darah yang keluar pada perempuan yang sihat, keluar paling sedikit 1 hari 1 malam, paling lama 15 hari 15 malam...

Air Mazi - Cecair lendir putih jernih yang keluar ketika syahwat...

Air Mani - Cecair lendir putih telur yang keluar ketika klimaks syahwat...

Air Wadi - Cecair yang keluar akibat kencing atau angkat barang yang berat. Jarang berlaku...

Nifas - Darah yang keluar selepas keluar semua anak ketika beranak...

Istihadah - Bukan nifas atau haid...

Darah Fasad - Darah yang keluar ketika sakit hendak beranak...

Keputihan - Cecair najis yang keluar dari dalam kemaluan...



Soalan 4: Batalkah solat, jika kita dapati dibawah sejadah kita ada najiis, seperti tahi cicak?

Jawapan 4: Jika tidak ada najis yang bersentuh pada pakaian(yang sedang dipakai) atau badan seseorang itu, maka tidak batal solat...



Soalan 5: Bagaimana nak kalahkan nafsu?

Jawapan 5: Nafsu hanyalah roh, tidak berjisim, tidak bertulang dan berisi, jadi kita sebenarnya kuat. Jangan latih ikut segala nafsu...



Soalan 6: Adakah orang yang mati malam jumaat akan terlepas azab kubur selama-lamanya atau sekadar malam itu sahaja?

Jawapan 6: Pendapat sesetengah Ulama, diringankan fitnah kubur... Adapun bangkit di padang mahsyar, ikut atas amalan...



Soalan 7: Jika telah bercerai, adakah dosa bekas isteri akan ditanggung oleh ayahnya kembali?

Jawapan 7: Tidak, melainkan kembali hidup dibawah jagaan ayahnya kembali...



Soalan 8: Adakah dikira musafir untuk melihat permainan bola sepak yang perjalanannya melebihi dua marhalah?

Jawapan 8: Khilaf ulama, boleh jika hendak pergi melihat semata-mata, bukan hendak membuat maksiat...



Soalan 9: Cara yang mudah nak bangun subuh?

Jawapan 9: Gunaka jam yang kuat bunyinya, dan letakkan jauh pada katil ketika tidur...



Soalan 10: Zikir 300 kali tiap-tiap pagi dan petang yang diamalkan jemaah tabligh, adakah terdapat dalam hadis?

Jawapan 10: Tidak ditetapkan dalam hadis, cuma diqiaskan dari amalan-amalan para sahabat



Soalan 11: Apakah hukum membiar anak perempuan bekerja dengan orang fasik atau kafir?

Jawapan 11: Ikutlah sirah sahabat, mereka tidak akan benarkan anak perempuan mereka bekerja dengan orang kafir... Adapun dengan orang Islam, jaga aurat dan mukholatoh(pergaulan)...



Soalan 12: Apakah perlu ganti puasa jika berbuka dengan mendengar azan yang diazan 5 minit awal dari waktu sebenar?

Jawapan 12: Perlu ganti... Azan yang salah ialah yang diazan pada waktu berbeza dari waktu yang ditetapkan takwim melebihi 3 minit...



Soalan 13: Bolehkah ustaz-ustaz mengajar agama, menerima duit pemberian orang lain?

Jawapan 13: Boleh, dengan syarat bukan niat mengajar kerana duit...



Soalan 14: Adakah menyimpan perasaan ingin kepada seseorang perempuan itu dikira maksiat?

Jawapan 14: Tidak dikira maksiat kerana lumrah seseorang lelaki... Jangan berkhayal melakukan maksiat bersama perempuan itu, maka ianya adalah dilarang...



Soalan 15: Apakah sebab yang kita diharamkan sambut hari ibu?

Jawapan 15: Hari ibu adalah perayaan yang diamalkan di gereja-gereja, maka ianya merupakan perayaan keagamaan...



Soalan 16: Ada seorang ustaz kata, peristiwa batu yang terapung ketika israk mi'raj itu tidak benar.

Jawapan 16: Ada ulama yang menolak peristiwa itu, kerana berasal dari Israeliyat..



Soalan 17: Bolehkah lelaki memakai tali leher sutera?

Jawapan 17: Boleh, jika nisbah tali leher itu lebih kecil dari baju yang tidak sutera...



Soalan 18: Bolehkah seorang perempuan itu berjabat salam dengan soerang pemimpin lelaki di atas pentas, untuk menjaga aib pemimpin tersebut?

Jawapan 18: Tetap tidak boleh, kerana Nabi tidak bersalam dengan perempuan ketika sedang berbai'ah. Caranya, pakai sarung tangan yang mana jika sedang bersalam, tidak akan terasa kulit pemimpin tersebut...

No comments:

Post a Comment