Tuesday, July 5, 2011
Ustaz Azhar Idrus - Masjid Titian Baru,18.6.11
Kitab 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman
Hadis ke-2:
Daripada Ummul Mukminin, Zainab binti Jahsyin(isteri Rasulullah SAW), beliau berkata:"(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk kedalam rumahnya dalam keadaan cemas sambil berkata, La Ilaha Illallah, celaka(binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan(malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dinding Ya'juj Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya(Zainab binti Jahsyin) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang yang soleh?" lalu Nabi SAW bersabda, "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". (HR Bukhari & Muslim)...
------------------------------------------------------------------------------------------------
Ulasan Ustaz:
- Sunat bila hendak bercerita perkara-perkara besar, sebut La Ilaha Illallah...
- Jika kejahatan sedikit, orang yang jahat sahaja akan diazab...
- Apabila kejahatan sudah terlalu banyak, azab akan datang menimpa orang yang jahat dan orang yang baik juga, walaupun di akahirat kelak akan dibangkitkan mengikut kadar amalan seseorang itu...
- Disebut didalam satu hadis Riwayat Imam Tabarani, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab orang ramai(orang yang baik-baik) dengan sebab kejahatan sekumpulan manusia, sehingga maksiat berlaku secara zahir dihadapan orang ramai, kita mampu untuk mencegah, dan(tetapi) kita tidak mencegah, Allah akan azab semuanya...
- Maksiat banyak, tapi tidak ada masyarakat yang menegur sedangkan mereka sedar akan maksiat itu...
- Seperti apa yang berlaku di Aceh...
- Kita memang tidak mampu untuk menghilangkan semua kemungkaran, cukup sekadar tiada maksiat yang terang-terangan...
- Mencegah kemungkaran mudah, jika ramai yang melakukan... Sepertimana gotong-royong...
- Sekarang, ramai pula orang yang bela ahli-ahli maksiat...
- Ya'juj dan Ma'juj adalah makhluk Allah yang akan datang melakukan kerosakan dimuka bumi... namun berlaku perbezaan pendapat dari segi jenis kerosakan yang dilakukan, samada kerosakan rohani(akhlak, ilmu dan seumpanya), ataupun kerosakan zahir(bangunan hancur, tanaman rosak dan seumpamanya)...
- Zulqarnain membuat benteng untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj dengan campuran besi dan tembaga...
- Jangan takut, sentiasa bersama ISLAM, Insya Allah selamat... Begitu juga Dajjal...
- Hadis, "Barangsiapa membenarkan dua matanya melihat kepada yang diharamkan oleh Allah, maka Allah akan benarkan bara masuk kedalam matanya dari bara api neraka"...
- Nabi bersabda, "Hai sahabatku, tolonglah kalian akan orang yang kena zalim dan yang berbuat zalim"... Tolong irang zalim ialah tolong nasihat kepadanya...
----------------------------------------------------------------------------------------------
Persoalan:
- Brunei sudah tidak benarkan arak dikilangkan dinegaranya, tetapi Malaysia kenapa belum???
- Kilang arak di Malaysia ada surau, supaya orang Islam yang bekerja disitu boleh sembahyang dan ada hadis menyatakan laknat Allah keatas terhadap 10 golongan yang berurusan dengan arak???
- Bagaimana Malaysia boleh membenarkan bangunan judi di Genting Highland lebih tinggi dari menara-menara masjid, sedangkan ada dalam hadis nabi menyuruh supaya ditinggikan bangunan masjid sebagai syiar masjid???
- Tempat maksiat dikawal rapi, tapi kawasan-kawasan mulia tidak dijaga???
- Untuk sukan dan hiburan, belanjawan melangkau ratusan juta, tetapi untuk pondok-pondok agama ada langsung???
- Pengajar di tempat maksiat suruh jangan malu, sedangkan Nabi suruh malu???
- Orang menyanyi dibayar puluhan ribu untuk setiap persembahan, bagaimana pula ahli agama???
- Kita sebagai rakyat ada yang menentang maksiat, namun kerajaan yang tukang bina tempat maksiat, siapa menang???
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Soal Jawab:
Soalan 1: Kakak saya belajar jurusan agama, tapi balik rumah tidak tutup aurat dengan sempurna, nampak lengan dan bentuk badan pada pandangan ajnabi, macam mana nak buat?
Jawapan 1: Kerana niat asal belajar agama bukan kerana Allah dan untuk diamalkan... Sebab itu, yang pertama niat belajar ialah untuk mencari keredhaan Allah SWT... Yang kedua niat kita belajar agama untuk kemudahan beramal, bukan kepentingan dunia semata-mata... Ketiganya, supaya hidup sentiasa dalam cahaya petunjuk daripada hidup dalam kegelapan...
Soalan 2: Suami meninggal dunia dalam saat isteri dicerai dan dalam edah, adakah isteri dapat harta pusaka?
Jawapan 2: Ya dapat, bila edah tidak habis lagi, maka masih bernama isteri dan dapat harta pusaka... janda tidak dapat harta pusaka...
Soalan 3: Bagaimana hendak keluarkan zakat harta jika tidak tahu cukup haul atau belum kerana tidak ingat tarikh asal membuat simpanan?
Jawapan 3: Kalau tidak ingat, maka buat anggaran...
Soalan 4: Seseorang yang bergaji RM10,000 tidak pernah mengeluarkan zakat kerana sentiasa habis bila cukup haul...
Jawapan 4: Tidak mengapa kerana tidak cukup nisab...
Soalan 5: Seseorang yang ada harta dan telah hampir cukup haul, tiba-tiba dia membelanjakan supaya tidak kena zakat, apa hukumnya?
Jawapan 5: Ya, memang tidak kena zakat tapi akan dipersoal di akhirat kelak, kenapa berpelakuan sedemikian...
Soalan 6: Saya disuruh majikan saya membeli sesuatu barang, di kedai saya suruh tuan kedai meletakkan harga barang lebih dari harga asal, kerana yang lebih itu sebagai upah saya... Bolehkah saya berbuat begitu?
Jawapan 6: Mesti ada rundingan dengan majikan dahulu, jika boleh, tidak mengapa... dan jika tidak boleh, maka tidak boleh kerana kita sebagai pekerja telahpun ada gaji dari majikan...
Soalan 7: Ada sesetengah Qiraat yang pelik-pelik bunyinya dan menyebabkan orang yang mendengarnya tergelak... Apa hukumnya bagi yang tergelak itu?, bukan niat hendak menghina Al-Quran pun...
Jawapan 7: Makruh ketawa kepada cara bacaan, kalau niat nak mempersendakan bacaan itu, maka haram...
Soalan 8: Saya dan imam hendak melakukan solat maghrib dan isyak jama' dan qasar, bila sedang solat pada rakaat kedua, saya perasan imam solat maghrib sedangkan saya solat isyak, apa yang perlu saya lakukan?
Jawapan 8: Mufaraqah...
Soalan 9: Jika ada bulu anjing melekat pada pakaian, adakah boleh buang macam bulu kucing sahaja?
Jawapan 9: Jika sehelai dua tidak mengapa, tapi jika terlalu banyak, maka mesti basuh untuk hilangkan najis...
Soalan 10: Bolehkah saya membaca doa sebelum sembelih sedangkan saya telah membaca Basmalah dan selawat kepada Nabi?
Jawapan 10: Boleh, cuma jangan anggap ianya wajib...
Soalan 11: Pendek mana perempuan boleh pendekkan rambut, dan panjang manakah lelaki boleh simpan rambut?
Jawapan 11: Lelaki boleh simpan rambut paras bahu kerana ada pendapat mengatakan ianya sunnah Rasulullah, dan jangan andam menjadi seperti rambut perempuan, jangan hiasi rambut seperti mewarnakan rambut... Jangan buat separuh panjang dan separuh lagi pendek, hukumnya haram kalau buat... Haram buat panjang dari bahu jika ianya boleh mendatangkan fitnah, seperti orang lain lihat, menyangkakan dia orang perempuan... Perempuan afdal rambutnya panjang sampai ke punggung, sunat lebih daripada bahu, atas pada bahu harus, pendek dari bahu makruh, pendek macam lelaki haram walaupun hanya diperlihatkan untuk suami kerana termasuk dalam hadis Allah melaknat perempuan yang menyamai lelaki... Adapun kerana darurah atau perubatan tidak mengapa... seumpamanya untuk menghilangkan kutu...
Soalan 12: Bagaimana hendak tahu arah kiblat, jika tidak tahu dan tiada kompas?
Jawapan 12: Lihat arah matahari...
Soalan 13: Jika orang kafir tanya, Allah dimana... Bagaimana nak jawab?
Jawapan 13: Allah tidak bertempat; tidak kanan, kiri, depan, belakang, atas, bawah... Tapi Allah ada sedang memerhatikan kita... Dan boleh jatuh kepada bid'ah yang mendatangkan dosa kerana cuba mencari perkara yang tidak disuruh syarak, kerana asal tujuan kita adalah untuk taat perintah Allah, bukan untuk mengkaji Zat Allah...
Jawapannya ialah Allah Maha Suci dari bersamaan dengan makhluk...
Soalan 14: Seseorang terlalu asyik berzikir sehingga mengeleng-gelengkan kepala...
Jawapan 14: kalau tidak sedar, tidak mengapa... Jika bangun sampai berjoget-joget, maka bid'ah yang tidak betul, siap ada perempuan...
Soalan 15: Kitab manakah yang mengajar tasawwuf?
Jawapan 15: Kitab Penawar Bagi Hati dan Hidayatus Salikin...
Soalan 16: Ibnu Mas'ud berkata, jangan zahirkan agama dizaman fitnah, bagaimanakah ustaz?
Jawapan 16: maksudnya, jika kita zahirkan agama pada suatu tempat dan akan berlaku cercaan, maka jangan zahirkan kerana takut orang cerca pada agama... Begitu juga kita sebagai orang Islam, jangan mencerca tuhan-tuhan orang kafir dihadapan orang kafir, kerana kita mesti menjaga agama...
Soalan 17: Dimanakah solat sunat nikah, adakah di masjid?
Jawapan 17: Boleh dimana-mana...
Soalan 18: Hukum cium dahi isteri dan bergambar selepas akad nikah...
Jawapan 18: Tidak berapa baik pada agama, sebaiknya cium tangan sahaja... Kerana cium tangan berlaku pada zaman Rasulullah SAW...
Soalan 19: Sekumpulan lembu belaan orang masuk ke kebun kami dan memakan habis tanaman kami, bagaimanakah ustaz?
Jawapan 19: Wajib bagi tuan lembu menganti segala kerosakan yang dihadapi oleh orang lain...
Soalan 20: Ketika baca Al-Fatihah, bolehkah sebut alhamdulillah?
Jawapan 20: Jangan sebut, kerana akan putus mualat...
Soalan 21: Bagaimana cara nak tahnik anak, apa doa yang perlu dibaca?
Jawapan 21: Ambil kurma(atau manisan lain), kunyah dan ambil isi kemudian masukkan kedalam langit mulut anak... Tidak ada hadis menyatakan doanya, tapi ada doa mengikut pendapat-pendapat ulama...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment